Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

 puteriku sayang


catatan ni saya hadiahkan khusus untuk puteri2ku yang tersayang... nurin athirah aliyah dan nurin athirah aleesya... doa umi & abah, moga2 kalian berdua akan menjadi wanita yang solehah dunia & akhirat, dapat menjaga kehormatan diri, keluarga & agama...

( lirik lagu ni sebagai panduan ataupun ingatan untuk kalian... apabila kalian da besar nnt dan baca belog umi ni (seandainya belog ini masih wujud lagi la), moga kalian tahu yang doa serta kasih sayang umi dan abah sentiasa mengiringi perjalanan korang di dunia & akhirat.... jadikan lirik lagu ni sebagai motivasi dan panduan kalian untuk menjadi muslimah yang solehah, kebanggaan umi & abah.... ) amin

 

sebenarnya, ia juga lebih kpd peringatan untuk saya khusunya dan untuk semua wanita amnya..... semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang dari Yang Maha Esa....


pernah tak kalian dengar lagu ni... kalau da, mari sama-sama hayati dengan mata hati kita yer... kaliau belum, cuba la cari lagu ni dan cuba hayatinya yer....


 Puteriku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan


Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah d
iri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya 
p/s;
lagu ni mengingatkan saya pada zaman persekolahan dulu....


ini lah penyeri hidup umi & abah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sudi-sudi la kiranya

CLicK - CLicK