Pengikut

Selasa, 29 November 2011


[Enter Post Title Here]


SaLaM MaaL HiJRaH 1433

First....
Salam Maal Hijrah...
Walau pun da terlambat, tapi still masih dalam “mood”menyambut kedatangannya kan...

Sebenarnya....
Da lama da tak update my belog ni....
Ntah la kemalasan melanda diriku... huhuhuhuhuhu

WHY???????????

Hanya tuan punya badan jak boleh jawab....
Nak kata penat tu...
Mungkin gak...
Penat dari segi minda kot....
Hahahahaha...
(ntah apa yang difikirkan... macam byk sgt halnya....)
Tak pe... da nama pun manusia kan....
Mood tu memang selalu tak menentu
Apatah lagi kalau owang pompuan ni....
Betul tak?
“readers” sekalian setujuz tak?


1 MUHARRAM...


Bila tibanya tarikh ni... mesti dikaitkan ngan penghijrahan kan?

MESTI lah...

Sebabnya....

Mari kita baca sama2 tentang sejarah awal & kisah penghujrahan 
Nabi Muhammad SAW....
Untuk pengetahuan dan iktibar kita semua....





SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH & KISAH HIJRAH NABI ALLAH A.S                                       
SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya:
“Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.”
 Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
WASSALAM Description: :)


Jumaat, 18 November 2011

MASAM-MASAM MANIS ......


p/s : citer ni just untuk menghiburkan hiburan semata.... tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah tiada....  :)

 
Situasi 1

Awal Perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"

Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"

Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"

Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."


 
***


Situasi 2
Awal Perkahwinan

Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."

Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."

Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."

Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."



***


Situasi 3
Awal Perkahwinan

Isteri : "Ayang mengandung.."

Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

 
Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."

Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."

Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."



***


Situasi 4 
Awal Perkahwinan

Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."

Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."

Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."

Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..



***


Situasi 5

Awal Perkahwinan

Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"

Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"

Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"

Suami : "kompang nak ?"...



***



Situasi 6

Awal Perkahwinan

Isteri : "Ayang tak pandai masak.."

Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Ayang tak pandai masak.."

Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Ayang tak pandai masak.."

Suami : " bakar je lar dapur tu..."...



p/s : Tak semua macam ini tapi jangan jadi macam ini bila dah berusia perkahwinan anda...Semoga semakin hari semakin sayang!

Khamis, 17 November 2011

AYaTuL HuSNa


*Puisi “Cinta” 

Ayatul Husna Anna Althafunnisa


Cinta adalah kekuatan..
Yg mampu mengubah duri jadi mawar..
Mengubah cuka jadi anggur..
Mengubah sedih jadi riang..
Mengubah musibah jadi muhibbah..
Itulah cinta..


Sekalipun cinta telah kuuraikan & kujelaskan panjang lebar..
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan..
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang ..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai pada cinta..
Dalam menguraikan cinta akal terbaring tak berdaya..
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yg menguraikan cinta & percintaan.

p/s : puisi dipetik dari filem " KETIKA CINTA BERTASBIH ".....


Rabu, 16 November 2011

puisi " Cinta AYaTuL HuSNa "


*cinta




cinta itu rasa
cinta itu sabar
cinta itu tidak menuntut
cinta itu tulus
cinta itu saling mengerti,memahami dan mencintai karenaNya
dan aku…
mencintaimu karena Allah

" Act Like A Lady, Think Like A Man "

Bila baca tajuk entri ni, apa di fikiran korang? apa yang korang faham tang sepotong ayat tersebut..... cukup ringkas dan mudah untuk difahami kan..... " Act Like A Lady, Think Like A Man "....  tapi ironinya ianya memberi satu pengertian yang cukup mendalam... 


Actually, saya pernah terbaca tajuk ni dalam sebuah majalah ilmiah.... tentu korang pernah baca, lihat taupun pernah membeli dan sekaligus memilikinya iaitu majalah "SOLUSI" ( sorry... tak ingat keluaran bila ) dan saya rasa tertarik untuk berkongsi ilmu dengan readers sekalian.... tak salah kan kita berkongsi ilmu just untuk pengetahuan dan pembelajaran bagi kita apatah lagi berkaitan ngan bab2 yang menyentuh perihal tang cinta, hubungan, keintiman dan komitmen dalam sesebuah kehidupan..... ini la yang saya nak kongsikan dengan  readers sekalian.... mana la tahu kita boleh bertukar2 pandangan dan pendapat? ok tak? yang mana dengan memahami corak dan pola pemikiran seorang lelaki akan banyak membantu para wanita dalam menangani permasalahan yang timbul dalam perhubungan....PENDAPAT korang? ( iskh... macam berceramah la pulak kan?) tak pe, just untuk perkongsian bersama..... ni kira rajin la nak menaip dalam belog ni sekaligus berkongsi idea & pendapat ngan readers sekalian.... hehehehehehe.... sowy kalau entri kali panjang lebar.... hope sudi la kiranya baca sampai titik terakhir yer kengkawan.....


Dalam majalah tersebut, penulis artikel itu menyatakan dalam pembacaannya melalui buku " Act Like A Lady, Think Like A Man ", penulis buku tersebut ada menyatakan bahawa " lelaki akan sentiasa dipacu oleh 3 perkara penting dalam hidupnya....) " nak tahu apa dia....?


  1. Siapa mereka ( who they are )?
  2. Apa yang mereka lakukan ( what they do )?
  3. Berapa banyak yang mereka capai ( how much they make )?

Walau siapa pun lelaki itu, dia akan sentiasa dibayangi oleh gelarannya ( who is he ), bagaimana dia dapat mencapai gelarannya ( what he does ), dan senarai anugerah @ pencapaian yang diperoleh daripada gelaran tersebut ( how much he makes ). Selama mana ketiga-tiga perkara ini belum dipenuhi sebaiknya, selagi itulah seorang lelaki kelihatan terlalu sibuk dan sukar untuk menumpuhkan sepenuh perhatian kepada pasangannya dan keluarganya.... 


Di saat ini la, wanita amat perlu untuk memahami dan mengerti tentang apa yang menjadi motivasi seorang suami dalam detik hidupnya sbg seorang lelaki. Ini kerana, kurang memahami kenyataan ini la yang akan menyebabkan jiwa seseorang wanita @ isteri sentiasa dibelenggu rasa ketidakpuasan hati dan merasa kecewa dengan sikap si sang suami. 


Kenapa? 


Kerana sang isteri merasakan yang si sang suami bagaikan mementingkan diri sendiri tanpabersimpati dengan keresahan yang dialami oleh si sang isteri.... Ironinya sang isteri sepatutnya perlu memahami bahawa               " kejayaan suami ialah kejayaan isteri jugak"... bukannya disebalik kejayaan seorang lelaki, adanya wanita.... betul tak? 


so, apa langkah penyelesaiannya? sama2 kita fikirkan dan belajar untuk menghargai dan menghormati pasangan. Namun, ianya perlu bermula daripada sikap berbesar hati dan merendah diri... serta harus belajar dan bersedia  menerima apa  adanya pasangan kita....


Akhirnya, insaflah.... kurniaan seorang suami atau isteri melalui perkahwinan hanya la satu jalan daripada jalan-jalan menuju redha Ilahi. Sesungguhnya hidup ini tidak lain hanya la pengabdiaan kepada Dia yang memiliki segala-galanya... 


Selama hayat ini, curahkanlah ketaatan kepada Allah melalui khidmat bakti kepada pasangan.. Cinta kepada suami @ isteri akan sentiasa mekar mewangi dengan berpaksikan cinta kepada - Nya.


Buat para isteri yang terus berusaha menabur wangian bahagia dalam rumahtangga mereka, saya dedikasikan lagu ini. Dan tidak lupa buat suami yang tercinta, yang sentiasa memahami dan seiring bersama untuk terus mengecap nikmat pernikahan ini. Terima kasih atas segala-galanya......


Barakallah

Album : Thank You Allah
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

KaSiH SaHaBAT SeJaTi..................

Alhamdulillah, bila baca tajuk entri ni.... 
moga2 diriku ini tergolong dalam golongan yang boleh di anggap sebagai sahabat sejati...... 
ader ker ciri2 nya.....
 hehehehehe..... 
hanya korang jer yang boleh menjawapnyer......
 cujawab.... cujawab...... 
( tiru sikit gaya percakapan ucop wilca dalam filem 
" HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH"... 
betul ker tu yer......) 
kuang3x....... 
tentu korang terharu bila baca tajuk entri ni kan? 
pernah tak korang rasakan hal yang sama? kasih sahabat sejati...... 
ada tak lagi sahabat yang sejati di zaman sekarang ni???????????? 




bagi aku






ADA & MEMANG WUJUD






sebab NYER


aku memang dikelilingi oleh
 sahabat2 yang sebegitu rupa.... 
sahabat yang boleh berkongsi kisah suka dan duka.... 
walau bukan dalam semua hal dan di setiap situasi,




TETAPI




aku cukup merasakan kehadirannya di saat2 aku memerlukan kehadiran seorang sahabat.... 
hehehehehehehe..... 
bertuah kan diriku ini...... 







korang ader???????????????






sebenarnya bukan citer aku yang nak dikongsikan disini....
tapi da tajuknya menyentuh hal sahabat, 
terpaksa la aku kongsikan jap perihal aku....
 hehehehehehe..... 


macam biasa la kan.....
kalau tak melalut entah ke mana, memang tak sah.....

sebenarnya aku nak kongsikan sebuah cerita la kiranya walaupun aku dapatkannya di akhbar
HARIAN METRO edisi Tengah, KHAMIS, 16 NOV 2011..... 
hehehehehehe..... 
nak tau apa citernya.....
 mai kita baca sama2 k.....


Demi sahabat


Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my



   

KONGSI...Muhammad Zal Zikri (kanan) memberi sebahagian elaun khas kepada rakan baiknya, Danish, semalam.
KONGSI...Muhammad Zal Zikri (kanan) memberi sebahagian 
elaun khas kepada rakan baiknya, Danish, semalam.
KUANTAN: “Saya ikhlas memberi separuh daripada wang sumbangan yang saya terima ini 
kepada rakan karib saya, Danish Din Alawi, untuk membantunya membuat persiapan
 persekolahan tahun depan. Saya tahu keluarganya kurang berkemampuan,
” kata Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi, 10.

Muhammad Zal Zikri yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan 
(SK) Bukit Setongkol itu sudah mendapat keizinan ibunya, Norizan Razali, 48, 
sebelum menyerahkan sebahagian daripada wang RM100 yang diterima itu 
kepada rakan karibnya itu yang juga anak kepada seorang pencari besi buruk.

Menurut Muhammad Zal Zikri, kemiskinan hidup rakannya itu membuatnya
 terpanggil memberi separuh daripada wang bantuan awal persekolahan 2011
yang diterima tanpa memikirkan balasan daripada keluarga rakannya itu.

“Saya simpati dengan kesusahan hidupnya dan tidak berasa terbeban untuk

 terus membantunya selagi ibu mengizinkan saya berbuat demikian,
” ujarnya yang kelihatan malu-malu ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.

Muhammad Zal Zikri dan Danish antara 626 murid sekolah berkenaan 
yang menerima bantuan khas awal persekolahan 2012 yang disalurkan kerajaan
 dan disampaikan Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan
 Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusuf.






p/s : "Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.Mungkin hanya 
dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyumanataupun dengan doa.... 
Berilah kegembiraan kepada orang lain, pasti kegembiraan itu akan
datang kepada kita semula... '







Jumaat, 11 November 2011

11.11.11.....................


 11.11.11.... 





menarik jak kan angka ni.... 
kena plak di hari yang baik..... 
Jumaat penghulu segala hari...... 
bagi sesetengah orang, ianya memang menarik...
 tapi ada jgak yang menganggap tiada apa yang menariknya..... 
lain orang lain pendapatnya kan....
 bagi aku,
 memang menarik cuma aku sendiri tak tahu nak buat apa 
untuk mencatatkan apa2 sejarah dalam tarikh ni.... 



korang plak?





 apa yang aku boleh buat, 
aku cuma tak nak terlepas dr mencoretkan sesuatu dalam belog aku ni untuk jadi sesuatu bahan yang boleh dijadikan kenangan la kiranya.... 
walau pun coretan ni tak der apa pun yang special nya....
 huhuhuhuhu




tapi





ada satu benda yang boleh aku kongsikan...
 sempena tarikh yang ramai orang katakan 




cantik 


&


 menarik





 ni kan, nak tau apa dier......






aleesya da menampakkan perkembangan yang positif..... hehehehehehe..... 
adik aleesya da pandai meniarap da......
 yeehhhhhhh!!!!!! 



pandai jgak adik aleesya ni..... 
tgg tarikh ni jgak baru dia nak belajar meniarap.... 
tapi rugi aku sebab terlepas pandang saat2 bila dia belajar tu.... 
abah dia jgak la yang untung...... 
huhuhuhuhuhu.... 

mana aku p masa tu yer...... 
hmmmmmmmmmmmmmm..... 
apapun, 



TAHNIAH 





buat adik aleesya kerana da bergerak ke satu tahap lagi...... ccaaiiyyyooookkkkkk.......  
semoga anak umi terus menampakkan perkembangan yang positif k......


CLicK - CLicK