Pengikut

Khamis, 9 Februari 2012

bersyukur dengan rezeki dari-Nya

sajer... ngomel pepagi ni.....
[ peringatan bersama ]


begitu cepat masa berlalu... sedar tak sedar da masuk tahun ke 9 da saya mencari rezeki di kota metropolitan ini... hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan berganti tahun... dari usia awal 20an hingga la kini da masuk ke usia 30an dah pun.... dari hidup bujang... berkahwin dan mempunyai 2 org cahaya mata... kini tinggal bujang kembali [ suami bertukar ke kampung halaman]... besar sungguh cabaran dan dugaannya.... aku masih setia disini [ menunggu giliran untuk bertukar ke kampung halaman gak... tempat suami dan anak2x ku...]


tidak dinafikan, di bandar besar ini, semuanya serba mencabar... dari segi kos sara hidup dan segala rencah kehidupan... apapun, ianya terpulang pada kita untuk mencorak kehidupan kita bagaimana... berbalik pada niat kita berada di tengah2x kota metropolitan ini... bijak kita membawa diri, mengurus kehidupan, Insya Allah, betulkan niat kita, pasti kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya...


hidup berdikari... jauh dari ibubapa.... mmg banyak benda yang nak difikirkan... berbeza kita hidup sendirian dengan bila da berkeluarga dan mempunyai anak... dari sewa umah, pengasuh anak, perbelanjaan harian apatah bila tibanya musim perayaan... lain lagi yang mempunyai anak2 yang da bersekolah... itu la cabarannya hidup di kota metropolitan ini... yang mana kos sara hidupnya jauh berbeza dengan di kampung halaman... namun, demi mencari rezeki, terpaksa la kita lalui jugak kan...


sebesar mana pun cabarannya yang dihadapi, namun jangan la kita memandangnya dari sudut yang negatif saja... cuba kita oandang dr sudut yg positif pulak... bukankah disebalik kejadian itu terselit hikmah yang kita tidak ketahui... sebenarnya bezanya tidak jauh dgn kehidupan ibubapa kiat dahulu... cuma yg berbeza ialah di zaman dulu kebanyakkan ibu kita berada di rumah jika nak dibandingkan ngan ibu2x zaman sekarang....


bermacam kisah kehidupan yang kita dengar hari ini..... kekadang tu macam tak masuk dek akal kan... namun itulah dia rencah kehidupan yang realiti... bukan saja di bandar besar ni, malah di kampung pun sama jugak... ianya bukan sekadar melibatkan faktor kewangan semata, tapi faktor sosial yang paling banyak mengundang pelbagai masalah.... betul tak?


bersyukurlah dengan rezeki dari-Nya.... banyak atau pun sikit... itulah rezeki yang kita ada... tak selamanya kita di bawah... yang penting kita harus bijak mengatur kehidupannya kita apatah lagi yang melibatkan kewangan.... berbelanja mengikut kemampuan... dan petua yang paling mujarab... yang sentiasa aku ingat... dan akan aku terapkan pada anak2x ku nnt.... insya Allah dengan izin dariNya.... jangan putus memberi wang kepada ibubapa selagi mereka ada kerana doa mereka adalah punca rezeki yang berkat untuk kita dan keluarga kita....



Wallahu a'lam...

Rabu, 8 Februari 2012

sunyi sepi...

bermula la episod kehidupanku seorang diri tanpa suami dan anak2x disisiku.... huhuhuhuhuhu... ntah berapa lama aku perlu melalui kehidupan sebegini.... rasa macam sebatang kara la pulak aku duk kat tempat orang ni....

besday my beloved husband

08.02.2012

entri ni aku tulis khas untuk suamiku tersayang. ari ni adalah hari ulang tahun buat suami tersayang en MUHIDIN ADO BIN ALI SENEN... dan untuk pertama kalinya sambutan besday kali ini tidak dapat diraikan bersama - sama.... huhuhuuhuh. sedihnya hanya Tuhan yang tahu...

abang,
sempena hari ni di usia yang semakin bertambah, sayang doakan moga segala perancangan dan perjalanan hidup yang abang lalui... sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Dari Yang Maha Esa... sayang harap, apapun yang berlaku, suka duka, pahit manis, kecil besar atau apapun yang mendatang, moga abang dapat melalui dan menghadapinya dengan penuh kesabaran...

abang,
terima kasih kerna hadir dalam hidup sayang... melengkapi kekurangan diri ini... menjadi pendamping yang setia di kala diri ini melalui detik2x yang sukar... malah sentiasa ada tak kira waktu pun... sayang bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang cukup prihatin dan penyayang... penyabar dalam melayani segala karenah seorang isteri.... begitu juga ngan karenah dua orang puteri kita yang comel2x belaka... itulah harta dan anugerah darpiada Yang Maha Esa buat kita.... anugerah yang tak ternilai... harta buat kita di dunia mahupun akhirta kelak... moga kita dapat mendidik mereka dengan didikan yang sempurna.... amin

abang,
selamat hari ulang tahun...
sayang selalu....





dari kami...
umi, nurin & aleesya...

Khamis, 19 Januari 2012

kecantikan muslimah..

 

mampukah aku?

Lembaran Hidup Wanita Solehah



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama



Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga






Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

 
 
p/s kredit to blog farah lee ( bakal wife ally iskandar)
 

berbunga - bunga hatiku...


apa khabar semua? da lama tak update belog ni.. ntah la kemalasan melanda diriku  pulak... huhuhuhu... untuk entri kali ni, aku just nak berkongsi kegembiraan... alhamdulillah, akhirnya peluang untuk balik ke kampung halaman akhirnya akan menjadi kenyataan...

8 tahun aku berada di negeri orang... menabur bakti.... kini mungkin da tiba masanya untuk aku menabir bakti di kampung halaman ku yang tercinta.... TAWAU... hehehehe.. tunggu yer kepulanganku nnt... mdah2an permohonanku akan dipercepatkan kelulusannya... atas alasan mengikut suami yang bertukar ke SK KUNAK JAYA, SABAH.... hmm bestnyer... tak sabar ni....

hatiku berbunga - bunga kini... menunggu keputusan pertukaran nnt... doa2kan yer moga cepatlah hendaknya.. tak sanggup den nak berjauhan lelama ngan puteri-puteri kesayanganku...

now, mood tengah packing barang2 yang nak hantar ke kampung... byk gak la barang2... tu la, masa beli dulu tak hingat dunia... macam nak menetap terus jak kat sini... sekarang, padan muka aku kan... huhuhuhu... rumah pun da tunggang langgang da... sana sini ada kotak... insya Allah, lepas tahun baru cina nnt, barang2 pun akan diangkut da...

dalam masa gembira tu, ada gak yang sedihnya... bukan apa, sementara nak tgg result pertukaran tu, terpaksa la den duk bujang kat sini... tumpang umah kengkawan... sedihnya.. huhuhuhu..... tak per la... hope tak lama kan...

so, kengkawan doakan yer utk saya...

berkongsi ilmu....

Tutorial Download Video Dari Tonton
 
Salam semua,
Masih ingat entri aku sebelum ni “Bagaimana mendownload drama dari tonton.com.my” dan sekarang aku nak bagi sikit panduan bagaimana untuk mendownload video-video atau drama-drama pilihan dari tonton.com.my.

Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ni aku hanya guna satu perisian percuma untuk mendowload video-video dari tonton ni iaitu Stream Transport. Korang cuma download secara percuma dari link diatas.
Selepas korang download korang ikut arahan dekat bawah ni.
stream Transport

Masukkan url www.tonton.com.my seperti diatas dan klik pada butang “Start”.

stream transport - tonton login

Selepas page tonton dipaparkan, anda perlu klik Login dan sekiranya belum register anda perlu register dulu pada website tonton untuk mendapatkan id & password.
download tonton

Selepas berjaya memasukkan id & password anda boleh pilih video mana yang anda ingin download dengan klik mana-mana video pilihan anda.

Tunggu sehingga satu url seperti diatas diatas beserta dengan duration dan saiz video.

Klik pada butang Download dan tentukan lokasi dimana video itu hendak disimpan dan pastikan anda menamakan semula video tersebut.

Dan terakhir klik pada butang OK

Download tonton 1

Setelah video tersebut berjaya ditentukan lokasi disimpan.. popup seperti diatas akan dipaparkan dan tunggu sehingga proses download selesai 100%.
P/S : Semua fail video yang berjaya di downlaod adalah dalam bentuk format *FLV

Nota Kaki : Tips ini hanya sekadar berkongsi ilmu yang ada.. sebarang perkara yang berlaku keatas pc anda lepas anda menggunakan perisian ini adalah tanggungjawab anda sendiri.
 
#kredit utk myvitrd.com

Rabu, 4 Januari 2012

assalamualaikum semua....

hmm... da lama aku tak update belog ku ni... ntah la, kemalasan melanda.... cian belog ni kan.... dapat tuan yang pemalas... huhuhuhuhu..... apapun.. yang penting kita enjoy.... hahahahaha

rasanya, tak terlambat lagi nak wish kat semua kan.... HAPPY NEW YEAR.... macam biasa la soalan yang sgt2 proper...


apa azam korang tahun ni?...


azam yang lepas terlaksana tak?



hahahahaha.... kalau korang tanya aku... aku still aku... apa yang berbeza? rasanya tak de... cuma anggota keluarga jak yang betambah.... hahahahaha... cuma doaku yang sentiasa aku harapkan ialah untuk menjadi seorang anak, isteri, umi, kakak, adik dan sahabat yang terbaik... apapun 'title' yang aku pegang, aku nak sentiasa jadi yang terbaik...



menyenangkan bukan menyusahkan...

menceriakan bukan untuk mendukakan...

boleh diharap bukan hanya mengharap...

sentiasa 'positif' bukan 'negatif'...





NAMUN...





apapun yang aku inginkan dan angankan.. takkan berlaku tanpa izin dari-Nya... sebagai hambaNya, aku hanya mampu berdoa dan sentiasa berdoa... semoga perjalanan yang aku lalui, suka mahupun duka, sentiasa dan selalu berada dilandasan yang benar... mendapat redha dan kasih sayang dari-Nya...



semoga, di tahun baru ini kita semua akan menjadi yang TERBAIK......



adios amogos

CLicK - CLicK