Salam semua,
Masih ingat entri aku sebelum ni “Bagaimana mendownload drama dari tonton.com.my” dan sekarang aku nak bagi sikit panduan bagaimana untuk mendownload video-video atau drama-drama pilihan dari tonton.com.my.
Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ni aku hanya guna satu perisian percuma untuk mendowload video-video dari tonton ni iaitu Stream Transport. Korang cuma download secara percuma dari link diatas.
Selepas korang download korang ikut arahan dekat bawah ni.
Selepas page tonton dipaparkan, anda perlu klik Login dan sekiranya belum register anda perlu register dulu pada website tonton untuk mendapatkan id & password.
Selepas berjaya memasukkan id & password anda boleh pilih video mana yang anda ingin download dengan klik mana-mana video pilihan anda.
Tunggu sehingga satu url seperti diatas diatas beserta dengan duration dan saiz video.
Klik pada butang Download dan tentukan lokasi dimana video itu hendak disimpan dan pastikan anda menamakan semula video tersebut.
Dan terakhir klik pada butang OK
Setelah video tersebut berjaya ditentukan lokasi disimpan.. popup seperti diatas akan dipaparkan dan tunggu sehingga proses download selesai 100%.
P/S : Semua fail video yang berjaya di downlaod adalah dalam bentuk format *FLV
Nota Kaki : Tips ini hanya sekadar berkongsi ilmu yang ada.. sebarang perkara yang berlaku keatas pc anda lepas anda menggunakan perisian ini adalah tanggungjawab anda sendiri.
#kredit utk myvitrd.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sudi-sudi la kiranya