" mencari Rahmah dalam perkahwinan "
" Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung ) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya... "
Bukan mudah untuk mencari keserasian di antara pasangan pengantin baru. Harus diingat, setiap manusia mempunyai sikap yang tersendiri... Jangan terkejut andai perangai pasangan berubah daripada zaman bercinta... bertunang dan seterusnya menjadi suami isteri... Proses mengenali akan berterusan berlaku hinggalah ke akhir hayat...
Dalam Al-Quran ada menjelaskan sebagaimana firmannya dalam Surah al-Rum, ayat 21 bermaksud;
" Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa
Dia jadikan bagi kamu pasanngan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan / kebahagiaan bersamanya... Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah..."
Doa & ayat pengasih...
- Doa untuk pikat dan lembutkan hati suami. Doa ini dibaca dan dihembuskan pada ubun-ubun suami ketika mereka tidur....
Surah al-Furqan, ayat 74, maksudnya:
" Dan juga mereka ( yang diredhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi lorang-orang yang (mahu) bertakwa....2. Surah Toha, ayat 1 hingga 5, maksudnya :
" Taa. Haa. Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad ) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam diatas 'Arasy.. "3. Surah an-Nisa, ayat 34... doa elak penceraian, bina rumahtangga kerana Allah....
suami pimpin isteri ke jalan Allah SWT....
4. Ya Hayyu Ya Qayyum - dibaca berulang kali ketika membasuh beras, mengacau
air minuman dan memasak untuk pasangan atau ahli keluarga yang lain. Insya allah
kasih sayang akan terus mekar.
5. Ya Rahman Ya Rahim - jadikan ia sebagai zikir harian. Baca selepas solat maghrib
sehingga solat isyak sambil berdoa di dalam hati agar kasih sayang kita bersama
pasangan dan anak-anak akan tetap subur dengan limpah kasih Allah SWT...
6. Surah al-Imran, ayat 31 - dibaca dan ditiupkan di muka atau ubun-ubun
pasangan ketika mereka sedang tidur. Semoga mereka akan terus mencintai kita...
psst... mudah-mudahan, apapun ketentuan yang bakal berlaku selepas debaran kebahagiaan menjadi raja sehari akan dapat ditempuh berbekalkan keyakinan bahawa Allah Al Malik Maha Menguasai semua keadaan. Miliknya seleuruh kerajaan langit, bumi dan semua makhluknya. Manusia berusaha mencorak hidup atas pilihannya sendiri kerana Allah telah memberikan amanah khalifah untuk mentadbir bumi. Hasil mutlak dari usaha itu adalah dari Allah SWT. Yang pasti, siapa jua yang memilih untuk tunduk kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan.... syurga pasti akan menjadi tempat tinggal di akhirat.... amin
[ sumber ilmu daripada Majalah Nur ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sudi-sudi la kiranya