[Enter Post Title
Here]
SaLaM MaaL HiJRaH 1433
First....
Salam Maal Hijrah...
Walau pun da terlambat, tapi
still masih dalam “mood”menyambut kedatangannya kan...
Sebenarnya....
Da lama da tak update my belog
ni....
Ntah la kemalasan melanda
diriku... huhuhuhuhuhu
WHY???????????
Hanya tuan punya badan jak
boleh jawab....
Nak kata penat tu...
Mungkin gak...
Penat dari segi minda kot....
Hahahahaha...
(ntah apa yang difikirkan...
macam byk sgt halnya....)
Tak pe... da nama pun manusia
kan....
Mood tu memang selalu tak
menentu
Apatah lagi kalau owang pompuan
ni....
Betul tak?
“readers” sekalian setujuz tak?
1 MUHARRAM...
Bila tibanya tarikh ni... mesti
dikaitkan ngan penghijrahan kan?
MESTI lah...
Sebabnya....
Mari kita baca sama2 tentang sejarah
awal & kisah penghujrahan
Nabi Muhammad SAW....
Untuk pengetahuan dan
iktibar kita semua....
SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH &
KISAH HIJRAH NABI ALLAH A.S
SEJARAH AWAL
MUHARRAM/ MAAL HIJRAH
Hari Maal
Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam
kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah
pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat
Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal
Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan
permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda
mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu
terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa
Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu,
Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap
ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga
yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di
Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh
baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah
juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda
memberitahunya:
“Saya akan
berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.”
Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan
Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu,
sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang
di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW).
Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti
dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali
(as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga
memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui
arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali
Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka,
Abdullah.
Rasulullah
(SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga
hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu
untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu
dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga
mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi
mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di
bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan
segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah
semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih
kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi
semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan
gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan
kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini
mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk
Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW).
Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat
baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari
Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba
di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12
Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung
Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak
dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda
memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya
menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
WASSALAM 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sudi-sudi la kiranya