Pengikut

Rabu, 16 November 2011

KaSiH SaHaBAT SeJaTi..................

Alhamdulillah, bila baca tajuk entri ni.... 
moga2 diriku ini tergolong dalam golongan yang boleh di anggap sebagai sahabat sejati...... 
ader ker ciri2 nya.....
 hehehehehe..... 
hanya korang jer yang boleh menjawapnyer......
 cujawab.... cujawab...... 
( tiru sikit gaya percakapan ucop wilca dalam filem 
" HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH"... 
betul ker tu yer......) 
kuang3x....... 
tentu korang terharu bila baca tajuk entri ni kan? 
pernah tak korang rasakan hal yang sama? kasih sahabat sejati...... 
ada tak lagi sahabat yang sejati di zaman sekarang ni???????????? 




bagi aku






ADA & MEMANG WUJUD






sebab NYER


aku memang dikelilingi oleh
 sahabat2 yang sebegitu rupa.... 
sahabat yang boleh berkongsi kisah suka dan duka.... 
walau bukan dalam semua hal dan di setiap situasi,




TETAPI




aku cukup merasakan kehadirannya di saat2 aku memerlukan kehadiran seorang sahabat.... 
hehehehehehehe..... 
bertuah kan diriku ini...... 







korang ader???????????????






sebenarnya bukan citer aku yang nak dikongsikan disini....
tapi da tajuknya menyentuh hal sahabat, 
terpaksa la aku kongsikan jap perihal aku....
 hehehehehehe..... 


macam biasa la kan.....
kalau tak melalut entah ke mana, memang tak sah.....

sebenarnya aku nak kongsikan sebuah cerita la kiranya walaupun aku dapatkannya di akhbar
HARIAN METRO edisi Tengah, KHAMIS, 16 NOV 2011..... 
hehehehehehe..... 
nak tau apa citernya.....
 mai kita baca sama2 k.....


Demi sahabat


Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my



   

KONGSI...Muhammad Zal Zikri (kanan) memberi sebahagian elaun khas kepada rakan baiknya, Danish, semalam.
KONGSI...Muhammad Zal Zikri (kanan) memberi sebahagian 
elaun khas kepada rakan baiknya, Danish, semalam.
KUANTAN: “Saya ikhlas memberi separuh daripada wang sumbangan yang saya terima ini 
kepada rakan karib saya, Danish Din Alawi, untuk membantunya membuat persiapan
 persekolahan tahun depan. Saya tahu keluarganya kurang berkemampuan,
” kata Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi, 10.

Muhammad Zal Zikri yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan 
(SK) Bukit Setongkol itu sudah mendapat keizinan ibunya, Norizan Razali, 48, 
sebelum menyerahkan sebahagian daripada wang RM100 yang diterima itu 
kepada rakan karibnya itu yang juga anak kepada seorang pencari besi buruk.

Menurut Muhammad Zal Zikri, kemiskinan hidup rakannya itu membuatnya
 terpanggil memberi separuh daripada wang bantuan awal persekolahan 2011
yang diterima tanpa memikirkan balasan daripada keluarga rakannya itu.

“Saya simpati dengan kesusahan hidupnya dan tidak berasa terbeban untuk

 terus membantunya selagi ibu mengizinkan saya berbuat demikian,
” ujarnya yang kelihatan malu-malu ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.

Muhammad Zal Zikri dan Danish antara 626 murid sekolah berkenaan 
yang menerima bantuan khas awal persekolahan 2012 yang disalurkan kerajaan
 dan disampaikan Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan
 Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusuf.






p/s : "Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.Mungkin hanya 
dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyumanataupun dengan doa.... 
Berilah kegembiraan kepada orang lain, pasti kegembiraan itu akan
datang kepada kita semula... '







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sudi-sudi la kiranya

CLicK - CLicK